BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 2, 2010

KLCC night!!!

Assalamualaikum,

Pertama kali saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga tahun ini akan memberi kita pengalaman serta haluan yang baru dalam hidup kita. Disini aku memulakan cobaan membaik pulih blog aku ni yang sekian lama menyepi, kini bakal kembali aktif.

Aku memulakan dengan pergambaran di KLCC, Kuala Lumpur. Aku bersama dua sahabat aku sejak dari bangku tadika lagi sesama kelas hingga aku darjah6. tidak lain dan tidak bukan iaitu Tarmize dan Afiq. Thanks jadi sahabat sejati aku :) walaupun sekarang ini kita membawa haluan masing-masing. Di sini aku merakam memori indah kita di KLCC. sebelum ni kita asyik jumpa di kampung Kelantan. Sekarang di Kuala Lumpur. Syok gila pat jumpa korunk. Besh…lau ada reunion kelas kita, boleh laa aku rakamkan detik-detik manis bersama semula :) …huhuhu..miss u all :)

Untuk pembaca semua, nikmatilah keindahan KLCC di waktu malam. Di bawah ini adalah hasil rakaman aku menggunakan nikon D300. Tengok la semua..terima kasih .

p/s : klik pada gambar untuk lihat full saiz :)

Friday, January 1, 2010

3D animation Robot Dunk

video

Assalamualaikum...
Ini adalah hasil titik peluhku selama 4bulan 3minggu di semester akhir Diploma Media Digital ( Seni Digital ) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Aku tak tahulah apa nak diperkatakan untuk post aku ni. Korunk boleh tengoklah artwork 3D animation aku ni macamana pastu kasi lah komen yang boleh membina kearah yang terbaik dalam pembangunan animasi aku nanti.

Untuk aku hasilkan animasi Robot Dunk ini, aku gunaka software 3D max8 dimana aku explore sendiri untuk memantapkan lagi pengetahuan mengenai animasi 3D ini. Cerita animasi Robot Dunk ini bermula dengan sebuah robot menjumpai sebiji bola keranjang di tengah-tengah gelanggang. Lalu robot tersebut pergi kearah bola keranjang itu dan mengambilnya. Seterusnya.....................anda kenalah menontonya..hehehe..Durasi cerita ini 3minit 48saat.

Selamat menonton yea..pastu bagi komen... :)

Pembuka tirai Tahun 2010

Assalamualaikum

Selaku membuka tirai Tahun 2010, aku ada model terbaru yang aku shoot di Putrajaya. Namanya Nurul Nadia dari Gombak. Serba sedikit aku mencuba untuk membuat perubahan dari segi shoot dan angle aku. Nak belajar sesuatu yang baru kenalah mencuba dulu sebelum bertanya pada yang lebih pakar. Barulah kita akan faham apa yang diajarkan nanti. Dari hasil titik peluh ku menghasilkan gambar ini, aku rujuk pada dua orang pakar dalam potrait fotografi iaitu Daniel Zain (danielzainphotography.blogspot.com) dan juga Ariff Budiman (www.ariffbudiman.com).Banyak yang aku kena belajar lagi bagi memahirkan diri aku dalam portraiture photography. Best tu memang best..tapi....kena la buat banyak research dan mempraktikkan apa yang kita sudah ketahui. Barulah makin lama makin membina hasil yang kita shoot.!!!!



Sampai disini sahaja dahulu santapan untuk anda semua. Jika anda semua ingin melihat koleksi gambar Nurul Nadia ini, boleh layari www.flickr.com/epa_zk...Terima kasih pada semua..